Rabu, 5 Mei 2010

APA DIA MEMBERI PENGHORMATAN

Apa kah penting kita
menghomarti satu satu
susuk kerana pangkat dia?
Apakah wajib kita
memberi penghormatan
kerana dia berstatus dan
berderajat.


Negara kita sekarang
dalam krisis. Perdana
Menteri dikatakan terlibat
dalam kes pembunuhan.
Ada anak menteri yang
dikatakan terlibat dalam
kes pembunuhan. Ada
menteri yang terlibat
dalam kes bunuh. Justeru
kita melihat manifestasi
dari krisis ini muncul
dalam pelbagai bentuk.


Salah satu dari manifestasi
ini ialah kegilan untuk
memaksa warga negara
untuk menghormati
sesaorang. Kegilaan ini
amat jelas dihalakan
kepada orang Melayu.
Orang Melayu sedang
diasak untuk ' pandai
menghormat'. Orang
Melayu ingin terus di
feudal dan dibodohkan
untuk menghormati
susuk-susuk yang tidak
memiliki nilai budaya yang
tinggi. Susuk ini pula tidak
memiliki keintelektualan
yang unggul.

Susuk-susuk ini mahu
dihormati melalui undang-
undang dan hukum
hakam.


Sebenarnya kita tidak
perlu dipaksa-paksa dan di
takut takutkan untuk
menghormati seseorang.


Penghormatan diberi
secara ikhkas.


Penghormatan diberi
kerana kita merasa susuk
itu memang satu susuk
yang kita sendiri hormati.
Bukan kerana pangkat
atau derajat.


Penghormatan bukan
diberi kerana punai kita di
tarik. Atau telinga kita
dipulas. Atau muka kita
ditempeleng.


Penghormatan bukan
diberi kerana kalau tidak
hormat maka kita akan di
tahan di penjara tanpa
bicara.


Penghormatan diberi
kerana diri kita merasa
susuk itu telah melakukan
sesuatau yang kita sendiri
hormati apa yang
dilakukan.

Peminat sukan
menghormatai ahli sukan
yang berjaya.


Peminat rock
menghormati band dan
rokers yang mereka
minati.


Para itelektual
menghormati pemikir dan
ahli falsafah yang
mengeluar pendapat dan
menulis buku.


Peminta lukisan
menghormati pelukis yang
mereka minati.


Pendakwah dan orang
agamawan menghormati
guru rohaniah mereka.


Semua contoh-contoh
penghormatan ini datang
dengan hati terbuka tanpa
di paksa-paksa.

Menghormat bukan
membodek.


Lihat krisis yang sedang
menimpa negara ini:


Bagaimana kita hendak
hormat kepada Najib
Razak - selagi kes
Altantuya tidak jelas
selesai. Dan kini kes ini
telah di buka pula di Paris.


Bagaimana kita hedak
hormat kepada Ketua Polis
Negara : pada masa ini
ijazah yang diakui dimiliki
sedang di pertikaikan.

Bagaimana kita hendak
menghormati Peguam
Negara kerana keupayaan
inteleknya sedang
dipertikaikan. Malah dia
dikatakan bukan seorang
pelajar yang cerdik ketika
menuntut di fakulti
undang-uandang di
Universiti Malaya.


Tidak ada sesiapa yang
boleh memaksa kita untuk
menghormati susuk susuk
yang kita sendiri tidak
yakin keintelektualan dan
ketrampilan keilmuan
mereka.


Susuk yang kita hormati
ialah susuk yang
melakukan sesuatu
keunggulan yang kita
minati dan kita tidak
berkepuyaan untuk
melakukan nya.


Tun Seri Lanang kita
hormati hingga ke hari ini
bukan kerana dia kerabat
raja - Dia di hormati
kerana dia mengumpul
dan menyusun kitab
Sulalatus Salatin/ Sejarah
Melayu. Dia melakukan
kerja intelektual.


Kita menghormati Abdulah
Munshi bukan kerana dia
Mamak pandai kelentong
tetapi kerana dia menulis
buku - Hikayat Abdullah
antara tulisannya. Susuk
ini melakukan kerja
intelektual.

Jika mundar mandir
dengan derajat dan kayu
golf ke hulu ke hilir -
mungkin ada kaki bodek
akan menunjukkan
hormat. Tetapi ini homat
plastik untuk dapat balak
dan jadi Tengku Wong.
Penghormatan ini tidak
tahan lama. Keluar dari
pintu istana si Mamat ini
akan kentut besar yang
bunyinya lebih hebat dari
Merian DiRaja.


Ekonomi kapitalis telah
memecahkan hegemony
ekonomi feudal. Tidak ada
lagi sesiapa yang akan
percaya bahawa Raja atau
Sultan itu wakil tuhan.
Orang Jepun dan Orang
Siam pun akan ketawa bila
babak ini dibuka.


Justeru hormatilah siapa
sahaja yang ingin
dihormati tanpa paksa
paksaan.

Tapi jangan lupa untuk
kita menyembah Maha Pencipta kerana tanpaNya kita tidak akan
wujud di dunia ini.

nota:

masih ada lagi orang
kurang sedar

kita sekarang dalam tahun
2010

sudah ada internet dan
youtube

tak kan nak ikut cakap raja
gopal kah kah kah


NOTA BARU :


peguam negara hanya
dapat ijazah

third class - general degree

mungkin ini markah
kasehan kerana

malaon ini bukan dari
semenanjung kah kah kah